yellowpagesFind
All Business Type Company
Location

Tuesday, February 23, 2010

Khasiat Taugeh

Berikut adalah khasiat-khasiat yang boleh diperoleh dengan memakan taugeh. Kepada sesiapa yang masih meragui keenakan taugeh boleh laa clarify kat sini. Kepada pembenci taugeh..Rugi Woo tak makan!

Khosait-khosiat TAUGEH:

1) Mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.

2) Mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia kerana ia mengandungi unsur fitokimia yang berkhasiat, kacang hijau memang banyak mengandungi alfalfa dan mengandungi canavanine yang mampu melumpuhkan bibit kanser.

3) tauge juga mengandungi estoggen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis, yang meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

4) Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar dari kanser payuraya, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra menopaus dan gangguan akibat menopaus.

5) Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara2 kadar lemak darah tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka kerana sewaktu kacang2 dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus
yang boleh menghapus lemak LDL.

6) selain sarat DNA tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Perlindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.


Terima Kasih Cik Taugeh di atas khosiat-khosiat anda.

Sayangilah Taugeh Seadanya....

Cth Kerabu Taugeh:



Tuesday, December 15, 2009

8 cara menjadi suami yang terhebat

Salam..arinih aku terbaca satu artikel yang agak best untuk jadi panduan para-para suami dan bakal suami tidak kira dimana anda berada..Artikel nih aku jumpe time baca satu forum neh..so just nk share..hepi reading..

1..2..3..baca!


Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.


Sunday, December 6, 2009

Petua untuk bakal pengantin..

 Ehem-ehem untuk sesape yang nak melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat neh,khususnya WAN dan FAIZ! haha..aku terjumpe artikel yang agak menarik untuk jadi  panduan kite sume hehe..

Nih kire adiah aku untuk perkahwinan korang tak lama lagi laa..ilmu lagi beharga drpd peti ais dow..

"Paih ko jgn tak sabo paih..tahan2  ler dlu yek kejap jek g :p..Ko wat hal kng bapak mentua ko rejek sia2 jek.."

Artikel nih aku petik daripada blog :


 

 Tapi nih sebenonye untuk bakal2 bini laa..tp yang laki pun boleh ler tolong2 bakal2 bini korang tuh..
"Baru arr Zie sayanng ko Fais!!" 

Blog yang aku link kat atas tuh byk lagi petua2 dan ilmu2 yang die ada..just nk share ng korang..pasni le jek rujuk kat blog tuh klo rajin membaca..

Marilah membina keluarga yang bahagia








Tuesday, December 1, 2009

Dugaan-Nya

Semalam adalah hari yang agak muram dan hambar untuk aku..Lebih kurang kui 7.30pm ibu call bgtaw yang auntie aku masuk ICU after operation..Sebab yang diketahui adalah blood pressure auntie aku yang rendah after the operation..

Around 8pm abang dan aku pergi Hospital HUKM untuk melawat keadaan auntie and kuarge aku yang da sampai sana..Time sampai ramai yang dah ada dan suasana di sana agak muram. We all bernasib baik coz still boleh melawat auntie aku di dalam ICU walopon waktu melawat tamat jam 7pm sbb auntie aku masuk ICU lewat lebey kurang jam 6.30pm..

Masa aku kat dalam tengah melawat..anak sedara aku tanye the nurse ape function equipment2 yang support auntie aku..then, nurse tuh pun explain dengan sebaik mungkin apa yang die le terangkan..Aku dan anak sedara aku rasa lega sikit bile dengar explanation nurse tuh..

Today aku call ibu tanye macam mana keadaan auntie, then ibu cakap auntie aku da quite stable..Alhamdulillah..Semoaga auntie aku akan cepat sembuh..Aminn!

Hari ni hari aku terus muram bila dapat tahu yang kawan aku time skola dulu accident time ondaway balik KL daripada Perak..Dari sumber yang aku dengar  kawan aku tuh berlanggar bile kereta yang dipandu seekor bahalul potong tak lepas dan langgar member aku dari arah bertentangan..

Luluh hati aku dengar bile member aku bgtaw yang kawan aku nih kritikal..Kaki kompem patah n he got serious internal injury..Malam nih die bakal undergo operation di Hospital Besar Ipoh. Sama-sama lah kite doakan smoga die selamat jalani pembedahan dan seterusnya beransur-ansur sembuh..Aminn!

Semua kejadian yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT..Tetapi kite sebagai hambanya haruslah berikhtiar sebaik mungkin dan tawakal dan percaya dengan kekuasaan-Nya..

"Ya Allah, kau selamatkan lah makcik dan kawan ku. Sembuhkan lah mereka seperti mana keadaan mereka sebelum kejadian ini berlaku...Aminnnn"




Saturday, November 28, 2009

Memang Lawok!

Cerita ini dipetik daripada blog piahilton..




lum abeh g, bwh ada lagi daa..

 

Diriku adalah mangsa keadaan diatas kebongokan telefon Bluberry ku pada hari kejadian..
Sunggow sedey :(





Related Posts with Thumbnails